sekarang ni dah ramai yang mula takut nak ke negara arab sebab virus ni..
jom kita amik info sket pasal virus ni...
MERS Corona iaitu nama virus ni sebenarnya adalah kependekan bagi Middle East Respiratory Syndrome untuk MERS itu tadi dan corona virus pulak adalah virus yang biasa menyerang manusia yang mengganggu saluran pernafasan manusia.
Virus pertama MERS Corona ini dikesan di negara Arab Saudi pada tahun 2012.
Virus Sars dan virus Mers Corona mempunyai persamaan iaitu kedua-duanya mempunyai persamaan yang sangat hampir dengan virus corona yang dijumpai dalam kelawar.
Simptom pesakit virus ini adalah gangguan pernafasan yang teruk dengan simptom demam, batuk dan tidak cukup nafas.
Melalui kajian sebelum ini, virus MERS corona tersebar di kalangan orang-orang yang mendekati pesakit atau berada di kalangan pesakit.
Vaksin atau penawar untuk penyakit ini belum lagi ditemui.
Sebanyak 30 peratus dari pesakit yang dijangkiti virus ini telah meninggal dunia akibat MERS.
Jadi, untuk yang bercadang ke negara arab lebih baik ambil perhatian dan lebih berjaga-jaga.