saya dah ada Insurans company tempat saya kerja..perlu ke tambah?




Rata-rata memang ramai yang menjawab soklan saya dengan jawapan di atas

Alhamdulillah...

Sangat bagus pengurusan company anda menjaga kebajikan anda

Tetapi ada beberapa perkara yang anda perl ambil tahu..

1)   Insurans company anda hanya cover anda selagi anda bekerja dengan company tersebut..Dah tukar company nanti belum tentu company baru ada menyediakan insurans untuk pekerja-pekerjanya.



2)   Kalau anda sangat komited dengan company dan bekerja sehingga pencen bagus lah sebab insurans company cover sampai hari terakhir anda di pejabat..Lepas tu, bila dah pencen , terus takde insurans.Umur pon dah meningkat..Kalau masa tu baru nak apply insurans, bayaran premium dah tinggi..Umur meningkat selalunya datang seiring dengan penyakit..Kalau dah ada penyakit, takde company insurans yang nak cover anda



3)  Insurans company anda juga ada HAD tertentu.Jangan tertipu dengan pihak pengurusan yang menyatakan yang anda dilindungi UNLIMITED..Ambil tahu hak anda..Tanya pihak pengurusan  apa yang dilindungi dan berapa had seumur hidup, had tahunan waima had harian.Apa yang berlaku sekiranya HAD coverage company anda melebihi had yang dibenarkan dan anda terpaksa masuk ke hospital..Siapa yang akan membayar bil hospital anda? Tiada lagi dari company anda ye..



4)  Bagaimana pula jika berlaku kemalangan ketika anda bekerja dengan company anda..Anda terlantar di hospital kerana kemalangan atau terkena penyakit kritikal selama berbulan-bulan..Adakah  anda fikir company anda akan terus membayar bil anda sedangkan anda tidak dapat menyumbang apa-apa kepada company kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan..Bukankah cara terbaik untuk company adalah dengan memberhentikan anda...



Fikir-fikirkanlah ye...